peace upon reader



Peace Upon U Reader You've stepped into the Paradise's territory . Remember to tag and visit Nur Amirah's Friendster @ Nur Amirah! 에미

Friday, October 30, 2009

YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

apa itu CINTA..sebagai renungan bersama..


Salam semua. Mesej ini saya dapat dari inbox facebook baru saje tadi. Saya ingat nak study je tapi sbb kat sblh ni ade book...and dkt laptop ade face kawan2..jadi terpk jomlah facebook!hahaha..dapt je msg ni saya teringat something. bukan x percaya cinta tapi cuma susah sikit nak percaya lelaki ni.ade keinginan tapi bukan sekarang. makcik saya penah pesan jodoh terbaik tu datang masa kita dah keje, time tu baru la dapat tau laki tu jenis mcm ne..tp betul ke?hurm entahla...


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA..
CINTA YANG SEJATI TIDAK AKAN PERGI BEGITU SAHAJA..
CINTA ITU AKAN TIBA BILA KITA MERENUNGKANNYA..
RENUNG-RENUNGKAN..DAN SELAMAT BERAMAL..=)

Tolong Sampaikan Padanya..copy dari Ezaty Niz

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Wednesday, October 28, 2009

Final Exam

Salam readers=)
yes akhirnya final.ni la yang student dok tunggu=)
takut memang takut.x fully prepare mungkin.
disebabkan saya sedikit risau.saya amik keptusan "deactivate" facebook
jadi biaq pi dia duk diam2 sinun..aku nak pi study cau cin cau heheheh=
gud luck all!
aku ade link menarik nak kongsi
tajuknye hang tuah fail spm (biaq betui...)?

Saturday, October 17, 2009

the best dinner ever..i'm glad to be a part of them..






Salam ziarah semua readers!nak cite ape yg terjadi pada dinner..yeah we faced a lot of porblems regarding this tp dgn kerjasama baik plus hbgn akrab kami..kami dpt tangani sama2.kami tu sape?MT BASS 2009/2010.Thanks to all=). Rasa bangga dengan kerja2 kita..Pada yang berpenat lelah tu trimas banyak2 x lupa juga DiPAC. Harapan di sini semoga kita akan lebih akrab n tgkp gmbr byk2 utk next event..SUKAN FSPPP..=) heart u all!
Here are several pictures i'd captured!