peace upon reader



Peace Upon U Reader You've stepped into the Paradise's territory . Remember to tag and visit Nur Amirah's Friendster @ Nur Amirah! 에미

Monday, June 8, 2009

air tangan isteri

Baru-baru ini sya menonton program television kegemaran ibu saya di tv9, "semanis kurma". Program berinformasi ini diwawancarakan oleh Datuk Siti Noor Bahyah bersama suami beliau, Wan Akshah Wan Abdul Hamid.

Tertarik dengan intipati dan tajuknya pada minggu ini saya meneruskan menonton sehingga terlupa yang saya nak tengok "scary movie". Apalah yang saya dapat kalau saya lihat "scary movie". Awal mukadimah dah ada pantun. Cara mereka mengendalikan program ni benar-benar menarik.

Dalam program ini saya mendapat banyak pengetahuan tentang ilmu tangga. Salah satunya air tangan isteri yang dapat membentuk sebuah keluarga sakinah. Bagaimana air tangan wanita sendiri menarik dan mengikat perut suami? Makanan yang terjamin bersih untuk keluarga adalah melalui masakan isteri sendiri. Jadi bila kahwin jangan mengharapkan pembantu rumah untuk masak.

Ustazah serta panel jemputan menekankan di sini, tidak semestinya lauk pauk yang dihidangkan dalam kuantiti banyak, cukup sekadar 2-3 lauk untuk menjamu perut suami.

Ustazah juga ada memberi 3 surah yang dapat menjadi panduan ketika hendak memasak, bacalah surah ali imran ayat ke-31 dan surah toha ayat ke 114. Manakala, untuk pengantin baru pula surah al-anbiya' ayat ke 87 elok lah diamalkan.

InsyaAllah sekiranya ada apa-apa lagi tips saya akan cuba kongsi dengan para pembaca.=)

0 comments:

Post a Comment

saya sangat hargai komen dari anda semua.thanks=)