1. Bekas kekasih saya adalah :
Seorang lelaki yang paling saya benci dalam hidup saya. Itulah bak kata orang tua-tua. "jangan terlalu sayang seseorang,nanti satu hari kita akan benci orang tu"
2. Saya sedang mendengar :
Lagu-lagu cinta didalam buku nota kesyangan saya.
3. Mungkin saya patut:
Menajamkan kemahiran saya dalam apa jua bidang tidak kira la formal ataupun tidak formal. Selagi ia dikatakan ilmu saya akan tuntut hingga ke negara China.
4. Saya suka :
Membaca novel tidak kira buku mahupun melalui akses internet pada setiap hari.
5.Sahabat-sahabat baik saya :
Memahami kehendak saya dan sentiasa bersama ketika susah dan senang.
6.Saya tak paham :
Mengapa orang lain yang tidak pernah kenal diri saya tetapi menghakimi saya dengan perkara-perkara yang negatif. Bukankah itu salah satu punca pergaduhan?
7.Saya kehilangan :
Kata-kata sekiranya saya dilamar putera idaman saya.
8.Ramai yang berkata :
Jika saya kurus mungkin saya lebih cantik dari kakak tengah saya.
9.Makna nama saya :
Puteri Cahaya. Cahaya yang selalu menerangi. Mengetuai sesuatu ke arah kebenaran. Pemimpin yang membawa sinar dalam kehidupan.
10.Cinta itu adalah :
Universal dan Subjektif. Cinta abadi hanya pada Allah s.w.t tetapi cinta terhadap duniawi akan layu pada bila-bila masa sahaja.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Makan nasi beriyani bukhara ayam,air coca cola dan selepas itu dia merokok. Jangan contohi ini kerana tidak baik untuk kesihatan.
12.Saya akan cuba :
Memenuhi kehendak ibu dan ayah. InsyaAllah saya akan cuba cari pekerjaan dengan usaha saya sendiri.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Bermaksud kekal abadi. tetapi tiada satu pun benda hidup di dunia ini yang kekal melainkan pencipta kita.
14.Telefon bimbit saya :
Berjenama sonny ericsson. Dibeli di klang bersama adik saya, ahmad zakwan.Telefon kami mempunyai corak dan warna yang hampir sama. Bersiri w350i.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya terjaga kerana ketika tidur tadi saya bermimpi didatangi lelaki serba putih dan saya terus lupa butir perbualan kami. Adakah itu putera idaman saya?
16.Saya paling meluat apabila :
Saya terpaksa membuat kesemua tugas orang lain sekiranya dia sihat walafiat dan tiada apa-apa aktiviti. Sekiranya dia mempunyai kesulitan saya masih boleh bertolak ansur.
17.Pesta/Parti adalah :
Pesta ini sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif. Namun, sekiranya kita pandai menjaga diri dan menghidari aktiviti-aktiviti negatif tersebut kita merupakan orang yang bijak. Pesta juga bukanlah seburuk yang disangka sebenarnya.
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Puteh,nama yang saya berikan kepada seekor kucing jalanan yang saya jumpa. Namun, puteh telah hilang kerana adik saya menderanya dengan tidak memberi makan ikan kepada kucing itu. Kucing itu rupanya tidak suka makanan kucing seperti whiskers dan freiskies
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sekolah rendah. Ketika itu saya bebas bermain kejar-kejar bersama rakan tetapi kini setelah menginjak ke umur yang lebih tua, saya terpaksa melupakan itu semua.
20.Hari ini :
Duduk di rumah mengakses internet seperti hari-hari biasa.
21.Malam ini saya akan :
Mengakses internet seperti selalu.
22.Esok pula saya akan :
ke sekolah memandu yang terletak di Meru.
23.Saya betul-betul inginkan :
Sebuah keluarga yang bahagia, anak-anak yang bijak, suami yang setia bersama isteri. Melancong dan menunaikan haji bersama-sama.
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Semuanya seperti sediakala.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli belah akan saya pilih. Jiwa saya sememangnya disitu.
26.Makanan Barat atau Jepun :
Saya memilih barat kerana sekarang saya idamkan stik salmon dimasak bersama jus halia.
27.Bilik yang terang atau gelap:
Gelap kerana suasana yang romantik. Lebih-lebih lagi pada waktu malam.
28.Makanan segera adalah :
makanan yang tidak baik untuk kesihatan.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
20.Hari ini :
Duduk di rumah mengakses internet seperti hari-hari biasa.
21.Malam ini saya akan :
Mengakses internet seperti selalu.
22.Esok pula saya akan :
ke sekolah memandu yang terletak di Meru.
23.Saya betul-betul inginkan :
Sebuah keluarga yang bahagia, anak-anak yang bijak, suami yang setia bersama isteri. Melancong dan menunaikan haji bersama-sama.
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Semuanya seperti sediakala.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli belah akan saya pilih. Jiwa saya sememangnya disitu.
26.Makanan Barat atau Jepun :
Saya memilih barat kerana sekarang saya idamkan stik salmon dimasak bersama jus halia.
27.Bilik yang terang atau gelap:
Gelap kerana suasana yang romantik. Lebih-lebih lagi pada waktu malam.
28.Makanan segera adalah :
makanan yang tidak baik untuk kesihatan.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
InsyaAllah kak mira akan tolong Eah.
30.Siapa yang anda mahu Tag?
Kawan-kawan yang rapat dengan saya
30.Siapa yang anda mahu Tag?
Kawan-kawan yang rapat dengan saya
p/s: kalau x ke nasi nak tumpah kuah ke mana?hahahha
maklumat tambahan : mak aku cikgu bahasa la weiH!
0 comments:
Post a Comment
saya sangat hargai komen dari anda semua.thanks=)